Saturday, 11 February 2012

Dengan IzinNYA.......

Assalamualaikum w.b.t..

Dengan nama Allah yang menjadikan langit dan bumi dan pemerintah hari kebangkitan..Maha Besar Dia yang memiliki kerajaan dan pemerintah yang Agung maka dengan izinNya wujudlah laman blog Isma ( Ikatan Muslimin Malaysia ) untuk cawangan Taiping.

Ini salah satu usaha dan jalan dakwah yang termampu dilakukan oleh pertubuhan ISMA demi memartabatkan dan mengembangkan syiar Islam yang wajib dilakukan kepada setiap orang yang bergelar muslim. Dengan wujudnya blog ini menambahkan lagi bilangan penyampai secara maya yang menjadi penyokong dan perangsang kepada usaha-usaha dakwah yang akan terus giat dilakukan selagi hayat dikandung badan.Semoga dengan usaha yang kecil ini, mampu membawa impak yang besar kepada umat Islam seluruhnya. Amin Rabbal A'lamin....